Pages

Friday, April 19, 2013

kenangan itu.. oh!

assalamualaikum..
entry kali ini lebih kepada luahan rasa, hati dan perasaan aku..
andaian dan fikiran aku..
angan-angan dan harapan aku..
mungkin entry kali ini agak panjang.. 

terfikir sejenak..
andai peristiwa 3 April 1994 itu tidak berlaku..
adakah kehidupan aku sama dengan kehidupan yang aku jalani sekarang?
adakah aku akan berjaya seperti sekarang? (alhamdulillah, walaupun belum menggenggam segulung ijazah)
adakah aku akan berjumpa dengan mereka yang aku jumpa sekarang?
adakah aku seperti aku yang sekarang? (maksud aku fizikal aku yang gemuk nie.. hehe)

berfikir lagi..
mungkin kehidupan sekarang tidak akan sama jika peristiwa itu tidak berlaku..
mungkin aku tidak berjaya seperti sekarang..
mungkin aku tidak akan berjumpa dengan insan2 hebat yang aku jumpa sekarang..
mungkin aku tetap seperti aku yang sekarang.. (terima jerklah.. huhu)

andailah..
ayah tidak pergi pada waktu itu..
aku sekarang akan berada di samping dia..
mungkin detik, ketika dan saat ini aku sedang menonton tv bersama dia..
aku tidak akan berasa cemburu melihat kemesraan mereka yang lain bersama bapa mereka..
aku akan rasa kasih sayang seorang ayah..
aku akan mendengar nasihat, amarah dan kerisauannya andai aku melakukan kesalahan..
ahhh.. jujurnya aku tidak pernah merasai semua itu..

bukan aku hendak menolak takdir..
tidak juga aku menyalahkan keadaan dengan apa yang terjadi..
hanya mainan perasaan yang kadangkala minta untuk dilayan..
hanya igauan indah yang kadangkala minta diberi perhatian..
kadangkala aku terleka untuk melayan dan memberi perhatian..
kerana aku hanya seorang insan biasa..
yang rapuh iman dan lupa pada rukun iman ke-6..
yang selalu ingin membayangkan sesuatu yang membahagiakan.. 
betul x? 

Andailah..
ayah masih ada..
mesti mak tak susah sangat untuk membesarkan anak-anaknya seorang diri..
mesti mak tak letih sangat untuk melayan kerenah 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan..
mesti mak ada tempat untuk bersandar dan bergantung andai ada masalah yang dihadapi..
mesti mak tak menangis sorang2 bila dia terasa sedih dan lelah..
mesti mak ada tempat bergantung bila dia jatuh sakit atau demam..

bukan anak-anak tak boleh diharap..
bukan anak-anak tak boleh disuruh..
tapi keadaan dan situasi tu tak sama..
bukan semua kesedihan boleh dikongsi bersama anak-anak..
mak takkan tunjuk yang dia tak kuat depan anak-anak.. kan?
(oh! air jernih ini menitis sendiri tanpa diundang.. jujur, aku tak kuat bila berbicara tentang mak)

setiap yang berlaku pasti ada hikmah..
ye.. aku percaya itu..
sudah 19 tahun 16 hari ayah meninggalkan kami..
jujur.. aku hanya berusia 5 tahun semasa dia pergi untuk selama-lamanya.
apakah kanak-kanak 5 tahun memahami andai dikata ayahnya sudah tiada?
apakah kanak-kanak 5 tahun mengerti bila dibisikkan ayahnya takkan kembali lagi?
mungkin dia akan faham waktu itu..
tapi esok dia akan bertanya lagi.. mana ayah? kenapa ayah tak balik?
oh! aku tidak sangkup membayangkan perasaan dan keadaan mak waktu itu..

tapi jujur..
mak seorang wanita yang sangat tabah, kuat, cekal dan berdikari..
mungkin kalian juga akan mengatakan perkara yang sama untuk ibu kalian..
silakan.. aku tidak menghalang..
sungguh, bagi aku mak adalah segala-galanya..
dia adalah model dan superhero ku..
bekerja di Kuala Lumpur dan meninggalkan anak-anak di kampung..
bila habis kerja shift malam akan pulang ke kampung untuk menjenguk anak-anak..
aku? tak tahu apa-apa.. hanya menurut.. 
yang aku tahu, aku akan merajuk setiap kali mak ingin pulang semula ke Kuala Lumpur apabila cutinya sudah habis..
cuti 2 hari sahaja.. hari ini balik kampung, lusa sudah pulang semula.. adakah kanak-kanak 5-6 tahun akan berasa puas bermanja dengan ibunya dalam waktu sesingkat itu?

ye.. aku masih ingat..
kadangkala aku menangis semasa ingin melelapkan mata kerana terlalu merindui mak..
(ah!! sekarang aku rasa terlalu rindu)
tapi apa aku boleh buat?
mak akan pesan : takpe, minggu depan mak balik lagi.. jangan nakal-nakal, nanti mak balik, mak bawak mainan.
hati aku akan terpujuk seketika.. lambaian akhir kepada mak sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur..
oh! kenangan itu sungguh memilukan..

walaupun semua itu hanya kenangan..
tapi kenangan yang menjadi peneman untuk dijadikan panduan..
aku hanya hidup dengan kenangan bersama ayah..
jujur.. aku tidak ingat saat-saat aku bersama dia..
hanya gambar sebagai ingatan..
terima kasih mak, kerana menyimpan gambar-gambar kenangan itu..
hanya itu yang mampu membuat intan kenal dan ingat kepada ayah..

tabah, cekal, sabar, berdikari menjadi hikmah kepada kami..
mak dapat berbakti kepada ibunya hingga ke akhir hayat.. (alhamdulillah)
mak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan haji dan umrah (alhamdulillah)
mak tak pernah memandang lelaki lain untuk bersama ayah nanti (in shaa Allah)
mak dapat membesarkan kami dalam suasana kampung yang damai (alhamdulillah)
mak sudah menjadi nenek kepada 4 orang cucu.. (alhamdulillah)

alhamdulillah..
kami masing-masing sudah berjaya dalam kehidupan..
masing-masing punya tanggungjawab kepada mak merangkap ayah..
kami akan berbakti untukmu selagi hayat dikandung badan..
walaupun bakti kami tidak akan sama nilainya walau secebis pengorbananmu..
pengorbananmu sungguh besar mak..

3 April 2013
genap 19 tahun ayah pergi..
semoga aman dan berada di sisi-Nya ayah..
kami tidak pernah lupa dan leka untuk mengingatimu dalam setiap doa..
semoga kita akan bersatu nanti di syurga-Nya sebagai keluarga yang bahagia..
semoga kita akan bertemu disana ayah..
tunggu intan..
sesungguhnya intan amat merinduimu..
walau tidak lama masa kita bersama, tetapi intan amat menyayangi dan merinduimu..

sudah.. berhentilah menitis air jernih..
mak adalah mak, ayah, sahabat, rakan, teman, musuh, teddy bear, superhero, idola bagi aku..
dia seorang yang sangat hebat..
HEBAT!! 
aku berazam untuk menjadi sepertinya..
seorang yang boleh berdikari dan tabah..
amiinn..  :')

Tuesday, April 2, 2013

ikhlas dari hati ---> facebook ---> blog (2013)

Antara luahan rasa, penelitian, pengamatan dan kesedaran yang ikhlas dari hati.. Berkongsi kata, rasa, perasaan kepada khalayak tidak mengapa asalkan apa yang dikongsi memberi manfaat dan tauladan bersama.. Tidak berniat menjatuhkan, memalukan, memerli atau melukakan hati dan perasaan orang lain. 

2 Januari 2013
kenapa ALLAH rahsiakan jodoh kita ??

supaya..
kita akan berusaha untuk mencari..
kita boleh menilai mana yang terbaik..
kita dapat merasai pelbagai perasaan yang ada pada insan..

dan paling penting..
kita mesti bersyukur dengan apa yang kita peroleh berdasarkan pencarian dan penilaian kita.. 



4 Januari 2013
kenapa Allah temukan kita dengan orang salah sebelum berjumpa jodoh sebenar??

supaya
kita lebih peka terhadap sikap manusia..
kita boleh menilai yang mana buruk dan baik individu..
kita boleh sedar akan kekurangan dan kelebihan diri..
kita akan rasa bahawa Allah sentiasa berada disamping kita walaupun DIA sedang menguji kita..

dan yang paling penting..
kita mesti sentiasa bersyukur kerana pasti dan pasti Allah akan memberikan kita hikmah dan nikmat yang berlipatkali ganda dari kesedihan dan kepayahan yang kita alami..



5 Januari 2013
masalah itu seperti angin kencang..
walaupun kita tutup rapat semua pintu dan tingkap..
pasti angin akan masuk juga ke rumah..~



14 Januari 2013
egala yang baik datangnya dari Yang Esa..
tetapi segala yang buruk datangnya dari diri kita sendiri..

jadi..
jangan salahkan takdir kerana takdir boleh berubah andai kita inginkannya diubah..



15 Januari 2013
siasat dulu sebelum menghukum..
teliti dulu sebelum menilai..
periksa dulu sebelum mengambil tindakan..

kerana
kita punya akal dan fikiran yang waras.. 
bukan hanya nafsu dan perasaan yang tidak tetap..



18 Januari 2013
tangan yang menghulur lebih mulia daripada yang meminta..
tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima..

tapi..
kemuliaan dan kebaikkan itu biarlah daripada huluran dan pemberian dari hati nurani yang ikhlas, bukan daripada maksud yang berkias.. ~



19 Januari 2013
orang kata..
jangan terlalu tinggi meletakkan harapan atau angan-angan..
kerana andai kita terjatuh, kita akan rasa sangat sakit..

tapi..
bagi aku..
biar kita rasa sakit itu..
kerana semakin kita rasa sakit, semakin kuat keinginan dan usaha untuk memenuhi harapan dan angan-angan tersebut..~



24 Januari 2013
menjadi seseorang yang sempurna adalah mustahil..
tetapi berusaha untuk menjadi yang lebih baik adalah sempurna..
kesempurnaan itu hanya milik DIA..
tetapi lebih baik itu mungkin milik kita.. ~



27 Januari 2013
Mak kata :
Kalau bila nak buat sesuatu,
Selalu ingat nama belakang yang kita bawa..
Sebab, kalau apa2 yang berlaku..
Nama dia turut terbabit sama..
Walaupun dia telah tiada..



31 Januari 2013
setiap insan punya kekurangannya..
setiap insan juga ada kelebihannya..
sebab itu kita hidup untuk saling melengkapi..
tiada kehidupan yang sempurna di dunia ini..
kerana kesempurnaan itu hanya milik Yang Hakiki.. ~



19 Februari 2013
jangan merungut apabila apa yang kita mahu tidak kita peroleh..
tapi sentiasalah sedar bahawa kita selalu terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki..

maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??



22 Februari 2013
ada sebab kenapa syurga itu dibawah telapak kaki si pemilik rahim.. ~


26 Februari 2013
jika ada insan kedua yang hadir dalam hidup kita..
pilihlah dia..
kerana, jika kita benar-benar sayang insan yang pertama..
takkan mungkin ada insan yang kedua itu.. ~



28 Februari 2013
ndai kita tidak dapat memahami semua perkara..
tidak bermaksud kita harus meninggalkan semua perkara.. ~



4 Mac 2013
Lupa. TerLupa. MeLupaKan. DiLupaKan.
sama tapi tak serupa..
tetapi pengertiannya amat berMakna.. ~



7 Mac 2013
terfikir sejenak..

adakah kita sering tidak dihiraukan kerana kita bukan siapa2..
adakah kita sering tidak dipedulikan kerana kita tak punya pangkat dan harta..
adakah kita sering dipinggirkan kerana kita tidak punya rupa paras dan fizikal yang tidak seperti mereka..

pasti ramai akan berkata..

ahh..! rupa dan fizikal letaknya pada nombor dua..
yang penting hati baik dan iman yang sempurna..

fikir semula..

antara gelandangan dengan lelaki kacak dan wanita bergaya?
antara seorang biasa dengan seorang yang berpangkat dan dikenali semua?
yang mana akan kita utamakan andai pertolongan yang dipinta?
bukankah ini suatu penilaian dari segi fizikal dan rupa? 



8 Mac 2013
orang kata..
sharing is caring..

ak kata..
berkongsi menambah rezeki..



18 Mac 2013
andai aku terleka.. sedarkanlah..
andai aku terlena.. kejutkanlah..
andai aku terlupa.. ingatkanlah..
andai aku terjatuh.. tarikkanlah..

kerana..
aku hanya seorang insan yang banyak cacat celanya..
aku hanya seorang manusia yang penuh kekurangannya..

jadi..
aku memerlukan perhatian dan bimbingan..
aku memerlukan nasihat dan kritikan..

supaya..
aku bisa menyedari kesilapan diri..
aku bisa terus memperbaiki hati..
aku bisa berdiri di samping insan yang disayangi..

Aku Hanya Seorang Manusia Yang Tidak Sempurna.. ~



30 Mac 2013
kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap menyakitkan hati orang..
kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita buat mengganggu keselesaan orang..

jadi..
kita mesti selalu berfikir secara teliti sebelum berkata dan bertindak..

kerana..

apa yang kita cakap dan lakukan mencerminkan diri kita..~