Pages

Friday, April 19, 2013

kenangan itu.. oh!

assalamualaikum..
entry kali ini lebih kepada luahan rasa, hati dan perasaan aku..
andaian dan fikiran aku..
angan-angan dan harapan aku..
mungkin entry kali ini agak panjang.. 

terfikir sejenak..
andai peristiwa 3 April 1994 itu tidak berlaku..
adakah kehidupan aku sama dengan kehidupan yang aku jalani sekarang?
adakah aku akan berjaya seperti sekarang? (alhamdulillah, walaupun belum menggenggam segulung ijazah)
adakah aku akan berjumpa dengan mereka yang aku jumpa sekarang?
adakah aku seperti aku yang sekarang? (maksud aku fizikal aku yang gemuk nie.. hehe)

berfikir lagi..
mungkin kehidupan sekarang tidak akan sama jika peristiwa itu tidak berlaku..
mungkin aku tidak berjaya seperti sekarang..
mungkin aku tidak akan berjumpa dengan insan2 hebat yang aku jumpa sekarang..
mungkin aku tetap seperti aku yang sekarang.. (terima jerklah.. huhu)

andailah..
ayah tidak pergi pada waktu itu..
aku sekarang akan berada di samping dia..
mungkin detik, ketika dan saat ini aku sedang menonton tv bersama dia..
aku tidak akan berasa cemburu melihat kemesraan mereka yang lain bersama bapa mereka..
aku akan rasa kasih sayang seorang ayah..
aku akan mendengar nasihat, amarah dan kerisauannya andai aku melakukan kesalahan..
ahhh.. jujurnya aku tidak pernah merasai semua itu..

bukan aku hendak menolak takdir..
tidak juga aku menyalahkan keadaan dengan apa yang terjadi..
hanya mainan perasaan yang kadangkala minta untuk dilayan..
hanya igauan indah yang kadangkala minta diberi perhatian..
kadangkala aku terleka untuk melayan dan memberi perhatian..
kerana aku hanya seorang insan biasa..
yang rapuh iman dan lupa pada rukun iman ke-6..
yang selalu ingin membayangkan sesuatu yang membahagiakan.. 
betul x? 

Andailah..
ayah masih ada..
mesti mak tak susah sangat untuk membesarkan anak-anaknya seorang diri..
mesti mak tak letih sangat untuk melayan kerenah 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan..
mesti mak ada tempat untuk bersandar dan bergantung andai ada masalah yang dihadapi..
mesti mak tak menangis sorang2 bila dia terasa sedih dan lelah..
mesti mak ada tempat bergantung bila dia jatuh sakit atau demam..

bukan anak-anak tak boleh diharap..
bukan anak-anak tak boleh disuruh..
tapi keadaan dan situasi tu tak sama..
bukan semua kesedihan boleh dikongsi bersama anak-anak..
mak takkan tunjuk yang dia tak kuat depan anak-anak.. kan?
(oh! air jernih ini menitis sendiri tanpa diundang.. jujur, aku tak kuat bila berbicara tentang mak)

setiap yang berlaku pasti ada hikmah..
ye.. aku percaya itu..
sudah 19 tahun 16 hari ayah meninggalkan kami..
jujur.. aku hanya berusia 5 tahun semasa dia pergi untuk selama-lamanya.
apakah kanak-kanak 5 tahun memahami andai dikata ayahnya sudah tiada?
apakah kanak-kanak 5 tahun mengerti bila dibisikkan ayahnya takkan kembali lagi?
mungkin dia akan faham waktu itu..
tapi esok dia akan bertanya lagi.. mana ayah? kenapa ayah tak balik?
oh! aku tidak sangkup membayangkan perasaan dan keadaan mak waktu itu..

tapi jujur..
mak seorang wanita yang sangat tabah, kuat, cekal dan berdikari..
mungkin kalian juga akan mengatakan perkara yang sama untuk ibu kalian..
silakan.. aku tidak menghalang..
sungguh, bagi aku mak adalah segala-galanya..
dia adalah model dan superhero ku..
bekerja di Kuala Lumpur dan meninggalkan anak-anak di kampung..
bila habis kerja shift malam akan pulang ke kampung untuk menjenguk anak-anak..
aku? tak tahu apa-apa.. hanya menurut.. 
yang aku tahu, aku akan merajuk setiap kali mak ingin pulang semula ke Kuala Lumpur apabila cutinya sudah habis..
cuti 2 hari sahaja.. hari ini balik kampung, lusa sudah pulang semula.. adakah kanak-kanak 5-6 tahun akan berasa puas bermanja dengan ibunya dalam waktu sesingkat itu?

ye.. aku masih ingat..
kadangkala aku menangis semasa ingin melelapkan mata kerana terlalu merindui mak..
(ah!! sekarang aku rasa terlalu rindu)
tapi apa aku boleh buat?
mak akan pesan : takpe, minggu depan mak balik lagi.. jangan nakal-nakal, nanti mak balik, mak bawak mainan.
hati aku akan terpujuk seketika.. lambaian akhir kepada mak sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur..
oh! kenangan itu sungguh memilukan..

walaupun semua itu hanya kenangan..
tapi kenangan yang menjadi peneman untuk dijadikan panduan..
aku hanya hidup dengan kenangan bersama ayah..
jujur.. aku tidak ingat saat-saat aku bersama dia..
hanya gambar sebagai ingatan..
terima kasih mak, kerana menyimpan gambar-gambar kenangan itu..
hanya itu yang mampu membuat intan kenal dan ingat kepada ayah..

tabah, cekal, sabar, berdikari menjadi hikmah kepada kami..
mak dapat berbakti kepada ibunya hingga ke akhir hayat.. (alhamdulillah)
mak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan haji dan umrah (alhamdulillah)
mak tak pernah memandang lelaki lain untuk bersama ayah nanti (in shaa Allah)
mak dapat membesarkan kami dalam suasana kampung yang damai (alhamdulillah)
mak sudah menjadi nenek kepada 4 orang cucu.. (alhamdulillah)

alhamdulillah..
kami masing-masing sudah berjaya dalam kehidupan..
masing-masing punya tanggungjawab kepada mak merangkap ayah..
kami akan berbakti untukmu selagi hayat dikandung badan..
walaupun bakti kami tidak akan sama nilainya walau secebis pengorbananmu..
pengorbananmu sungguh besar mak..

3 April 2013
genap 19 tahun ayah pergi..
semoga aman dan berada di sisi-Nya ayah..
kami tidak pernah lupa dan leka untuk mengingatimu dalam setiap doa..
semoga kita akan bersatu nanti di syurga-Nya sebagai keluarga yang bahagia..
semoga kita akan bertemu disana ayah..
tunggu intan..
sesungguhnya intan amat merinduimu..
walau tidak lama masa kita bersama, tetapi intan amat menyayangi dan merinduimu..

sudah.. berhentilah menitis air jernih..
mak adalah mak, ayah, sahabat, rakan, teman, musuh, teddy bear, superhero, idola bagi aku..
dia seorang yang sangat hebat..
HEBAT!! 
aku berazam untuk menjadi sepertinya..
seorang yang boleh berdikari dan tabah..
amiinn..  :')

Tuesday, April 2, 2013

ikhlas dari hati ---> facebook ---> blog (2013)

Antara luahan rasa, penelitian, pengamatan dan kesedaran yang ikhlas dari hati.. Berkongsi kata, rasa, perasaan kepada khalayak tidak mengapa asalkan apa yang dikongsi memberi manfaat dan tauladan bersama.. Tidak berniat menjatuhkan, memalukan, memerli atau melukakan hati dan perasaan orang lain. 

2 Januari 2013
kenapa ALLAH rahsiakan jodoh kita ??

supaya..
kita akan berusaha untuk mencari..
kita boleh menilai mana yang terbaik..
kita dapat merasai pelbagai perasaan yang ada pada insan..

dan paling penting..
kita mesti bersyukur dengan apa yang kita peroleh berdasarkan pencarian dan penilaian kita.. 



4 Januari 2013
kenapa Allah temukan kita dengan orang salah sebelum berjumpa jodoh sebenar??

supaya
kita lebih peka terhadap sikap manusia..
kita boleh menilai yang mana buruk dan baik individu..
kita boleh sedar akan kekurangan dan kelebihan diri..
kita akan rasa bahawa Allah sentiasa berada disamping kita walaupun DIA sedang menguji kita..

dan yang paling penting..
kita mesti sentiasa bersyukur kerana pasti dan pasti Allah akan memberikan kita hikmah dan nikmat yang berlipatkali ganda dari kesedihan dan kepayahan yang kita alami..



5 Januari 2013
masalah itu seperti angin kencang..
walaupun kita tutup rapat semua pintu dan tingkap..
pasti angin akan masuk juga ke rumah..~



14 Januari 2013
egala yang baik datangnya dari Yang Esa..
tetapi segala yang buruk datangnya dari diri kita sendiri..

jadi..
jangan salahkan takdir kerana takdir boleh berubah andai kita inginkannya diubah..



15 Januari 2013
siasat dulu sebelum menghukum..
teliti dulu sebelum menilai..
periksa dulu sebelum mengambil tindakan..

kerana
kita punya akal dan fikiran yang waras.. 
bukan hanya nafsu dan perasaan yang tidak tetap..



18 Januari 2013
tangan yang menghulur lebih mulia daripada yang meminta..
tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima..

tapi..
kemuliaan dan kebaikkan itu biarlah daripada huluran dan pemberian dari hati nurani yang ikhlas, bukan daripada maksud yang berkias.. ~



19 Januari 2013
orang kata..
jangan terlalu tinggi meletakkan harapan atau angan-angan..
kerana andai kita terjatuh, kita akan rasa sangat sakit..

tapi..
bagi aku..
biar kita rasa sakit itu..
kerana semakin kita rasa sakit, semakin kuat keinginan dan usaha untuk memenuhi harapan dan angan-angan tersebut..~



24 Januari 2013
menjadi seseorang yang sempurna adalah mustahil..
tetapi berusaha untuk menjadi yang lebih baik adalah sempurna..
kesempurnaan itu hanya milik DIA..
tetapi lebih baik itu mungkin milik kita.. ~



27 Januari 2013
Mak kata :
Kalau bila nak buat sesuatu,
Selalu ingat nama belakang yang kita bawa..
Sebab, kalau apa2 yang berlaku..
Nama dia turut terbabit sama..
Walaupun dia telah tiada..



31 Januari 2013
setiap insan punya kekurangannya..
setiap insan juga ada kelebihannya..
sebab itu kita hidup untuk saling melengkapi..
tiada kehidupan yang sempurna di dunia ini..
kerana kesempurnaan itu hanya milik Yang Hakiki.. ~



19 Februari 2013
jangan merungut apabila apa yang kita mahu tidak kita peroleh..
tapi sentiasalah sedar bahawa kita selalu terlupa untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki..

maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??



22 Februari 2013
ada sebab kenapa syurga itu dibawah telapak kaki si pemilik rahim.. ~


26 Februari 2013
jika ada insan kedua yang hadir dalam hidup kita..
pilihlah dia..
kerana, jika kita benar-benar sayang insan yang pertama..
takkan mungkin ada insan yang kedua itu.. ~



28 Februari 2013
ndai kita tidak dapat memahami semua perkara..
tidak bermaksud kita harus meninggalkan semua perkara.. ~



4 Mac 2013
Lupa. TerLupa. MeLupaKan. DiLupaKan.
sama tapi tak serupa..
tetapi pengertiannya amat berMakna.. ~



7 Mac 2013
terfikir sejenak..

adakah kita sering tidak dihiraukan kerana kita bukan siapa2..
adakah kita sering tidak dipedulikan kerana kita tak punya pangkat dan harta..
adakah kita sering dipinggirkan kerana kita tidak punya rupa paras dan fizikal yang tidak seperti mereka..

pasti ramai akan berkata..

ahh..! rupa dan fizikal letaknya pada nombor dua..
yang penting hati baik dan iman yang sempurna..

fikir semula..

antara gelandangan dengan lelaki kacak dan wanita bergaya?
antara seorang biasa dengan seorang yang berpangkat dan dikenali semua?
yang mana akan kita utamakan andai pertolongan yang dipinta?
bukankah ini suatu penilaian dari segi fizikal dan rupa? 



8 Mac 2013
orang kata..
sharing is caring..

ak kata..
berkongsi menambah rezeki..



18 Mac 2013
andai aku terleka.. sedarkanlah..
andai aku terlena.. kejutkanlah..
andai aku terlupa.. ingatkanlah..
andai aku terjatuh.. tarikkanlah..

kerana..
aku hanya seorang insan yang banyak cacat celanya..
aku hanya seorang manusia yang penuh kekurangannya..

jadi..
aku memerlukan perhatian dan bimbingan..
aku memerlukan nasihat dan kritikan..

supaya..
aku bisa menyedari kesilapan diri..
aku bisa terus memperbaiki hati..
aku bisa berdiri di samping insan yang disayangi..

Aku Hanya Seorang Manusia Yang Tidak Sempurna.. ~



30 Mac 2013
kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap menyakitkan hati orang..
kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita buat mengganggu keselesaan orang..

jadi..
kita mesti selalu berfikir secara teliti sebelum berkata dan bertindak..

kerana..

apa yang kita cakap dan lakukan mencerminkan diri kita..~

Thursday, October 11, 2012

Jujur.. Aku Khilaf (Part 1)


"Assalamualaikum"...
Kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah. Ibu terus menjenguk ke luar rumah kerana dia memang menantikan kedatangan tetamunya itu.
"Waalaikumussalam", jawab mama sambil terus mengukir senyuman apabila terpandang raut wajah tetamunya itu.
"Masuk Qis, masuk",  jemput Ibu sambil menyambut salam yang dihulurkan oleh Qisya.
"Ibu sorang je ke? yang lain mana?", tanya Qisya sambil melangkah masuk ke dalam rumah teres setingkat itu. Bukan dia tidak biasa ke rumah itu, dulu boleh dikatakan setiap minggu dia akan berkunjung ke rumah itu, tetapi sekarang keadaan telah berbeza.
"Si adik belum balik lagi, ada kelas tambahan katanya. rindunya Ibu pada kamu Qis. kenapa dah lama tak datang jenguk Ibu? sampai hati kamu" ujar Ibu. Ibu bukan tidak tahu keadaan sekarang yang telah berubah, tetapi hati ibunya masih tidak dapat melupakan gadis yang baik dan tinggi budi bahasanya ini.
"Qis sibuklah bu kebelakangan ini, banyak kerja, kursus lah, maafkan Qis ye Ibu", jawab Qisya tersenyum.
mama memandang Qisya dan tersenyum, 'hai kenapalah Kamal tu buta sangat, budak ni punyalah baik, tak faham aku' bisik Ibu dalam hati.
"Qis tak boleh lama bu, dah janji dengan kawan tadi nak ambil dia lepas ni", sebenarnya dia tidak mahu bertembung dengan Kamal kerana sebentar lagi Kamal pasti akan pulang. Ya, dia tahu akan waktu kerja Kamal.
"Ibu dah masak bubur pulut hitam untuk Qis, Qis kan suka bubur tu kan? So, kita makan dulu ye" kata Ibu seakan memujuk.
"erm.. baiklah bu", Qisya tidak mahu menghampakan perasaan ibu itu.

---------------------****-------------------

"Kalau dah macam tu keputusan awak, saya terima. siapalah saya untuk membantah", ujar Qisya dengan tenang walaupun dalam hatinya penuh dengan rasa kecewa dan sedih.
"Ok, kalau macam tu esok saya suruh mama dengan ayah datang rumah untuk bincang hal ni", ujar Kamal dan terus berlalu meninggalkan Qisya keseorangan.
Tadi Qisya baru berasa sangat bahagia kerana dia akan keluar bersama tunangnya, angannya untuk membeli barangan perkahwinan mereka yang tidak berapa lama lagi akan berlangsung. Akan tetapi impian dan senyumannya musnah apabila Kamal membawanya ke taman ini hanya untuk mengatakan bahawa dia ingin memutuskan tali pertunangan mereka dan menyuruh Qisya untuk melupakannya.
Qisya duduk termangu keseorangan di taman itu dan tiba-tiba tersentak apabila mendengar suara Kamal menjerit memanggil namanya.
Diseka air mata yang mengalir dan terus melangkah dengan senyuman.

--------------*****-------------

Qisya melangkah dengan penuh yakin dan pasti ke arah rumah itu. Walaupun sebelum ini ramai yang menghalang akan kehadiranya untuk ke sana. Bahkan Ibu sendiri menghalangnya untuk  datang ke rumah itu. 
"Ni kad undangan kami, jemput tau datang. Kalau datang bawalah hadiah besar sikit", kata Ummu sambil memeluk erat lengan Kamal dan menghulurkan kad undangan tersebut kepada Qisya. Qisya menyambutnya dengan senyuman dan berkata "Insya Allah, kalau diberi keizinan saya akan datang, apa-apa pun tahniah ye". Qisya membuka sampul kad yang diberikan selepas keduanya pulang dengan berhati-hati. Hatinya tersentuh apabila terpandang akan warna dan bentuk kad yang berada dalam tangannya, bentuk dan warna yang sama dia pilih untuk majlis perkahwinannya dengan Kamal dulu.
Kenangan itu terimbau kembali. 'Ya Allah, Allahuakbar! kau kuatkanlah hatiku ini' bisik Qisya tanpa disedari ada titis air mata yang jatuh di atas pipinya. Qisya terus mengelap air matanya sebelum terlihat oleh orang lain dan melangkah penuh yakin beserta senyuman yang terlukis di bibirnya.
"Assalamulaikum Ibu, adik!" sapa Qisya selepas terpandang Ibu dan Aini di ambang pintu gerbang perkahwinan.
"Wa'alaikum...mussalam", jawab Ibu, Ibu terpana apabila terpandang wajah Qisya.
"Shhh... Ibu jangan cakap apa-apa, Qis datang bukan nak memporak perandakan majlis ni, Qis datang hanya sebagai kawan dan sekadar memenuhi undangan. Ibu jangan risau ok?" pintas Qisya sebelum sempat Ibu membuka mulut.
Ibu terus memeluk Qisya dan menangis dibahu gadis itu, "Maafkan Ibu sayang, Ibu tak mampu lakukan apa-apa untuk kamu, Ibu pun tak tahu kenapa dan bagaimana dia boleh jadi macam tu, maafkan Ibu sayang" esak Ibu di bahu Qisya. Dia sudah tidak memperdulikan lagi orang disekeliling dan terus memeluk erat Qisya. Dia sebenarnya terperanjat apabila Kamal menyuruhnya dengan ayah untuk pergi ke rumah Qisya dan memutuskan pertunangan mereka. Puas sudah dia membantah dan bertegang urat dengan Kamal tetapi segala nasihat dan tegurannya tidak diperdulikan. Bahkan teguran ayah juga tidak langsung dihiraukan.
"Syhhh... Ibu, malu kat orang lah, apa ni dah pakai baju cantik-cantik, menangis pula, tak cantiklah mak pengantin macam ni" kata Qisya sambil melepaskan pelukan. Dia tidak mahu terus hanyut kerana dia takut benteng kesabaran yang dibina akan larut bersama air mata Ibu.

-------------*****--------------

"Kau memang muka tak malu kan perempuan?Apa kau tak laku sangat ke sampai laki orang pun kau nak kebas ha?" marah Ummu sambil terus mencampakkan segelas air ke arah Qisya.
Ummu berasa marah apabila dia terpandang suaminya dan Qisya duduk berdua-duaan makan di restoran itu. Hatinya panas, dia berasa tercabar. Patutlah dia rasa berat hati untuk ke restoran itu setelah pulang dari pergi membeli belah tadi.
 "Awak ni kenapa Ummu? Apa masalah awak sebenarnya?" tengking Kamal kepada isterinya itu, terasa kesal dengan perbuatan isterinya yang menuduh tanpa usul periksa. "Oh.. abang pun sekarang dah pandai nak tengking  saya ye? Ni mesti perempuan ni lah yang menghasut ni. Eh perempuan, apa yang kau bagi dekat laki aku ha? Kau pakai ayat apa ha?" Ummu terus menyerang Qisya, Qisya hampir jatuh terduduk di atas lantai apabila ditolak oleh Ummu dengan kasar. Nasib baik dia sempat berpaut pada meja makan.
"Awak memang dan melampau lah" tengking Kamal sambil mengangkat tangannya untuk menampar Ummu tetapi segera dihalang oleh Qisya. "Kamal... jangan kamal, dia tengah marah, kalau api dilawan dengan api kan jadi makin besar" kata Qisya perlahan. "Mari kita duduk dulu dan kita bincang sama-sama, hal ni tak seperti yang awak bayangkan Ummu", ujar Qisya tenang sambil menarikkan kerusi untuk Ummu. Habis basah bajunya kerana disimbah air tadi oleh Ummu.
"Ah.. tak kuasa aku nak duduk semeja dengan perempuan jijik macam kau nie, lepas satu jantan, jantan lain pulak kau tukar-tukar, ni laki aku pulak kau nak mengendeng, apa jenis perempuan lah kau ni? Puiihh.. jijik aku", maki Ummu kepada Qisya.
Qisya terpaku, terpana dan tergamam apabila dikatakan begitu. 'Sehina itukah aku? Ya Allah jika benar sehina itu hambaMu ini, aku bermohon Ya Allah Kau ampunkanlah hambamu ini' bisik hati kecil Qisya. "Kau memang dah melampau, mari ikut aku Ummu", Kamal sudah tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan situasi itu, dia terus menarik tangan isterinya untuk keluar dari restoran itu.
Qisya hanya mampu memandang kelibat kedua-duanya sehingga hilang dari pandangan. Qisya termangu dan terduduk keseorangan di restoran itu sambil beristigfar.
Azma yang baru keluar dari bilik air kelihatan kaget dengan peristiwa yang berlaku di hadapan matanya. Dia amat terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan isteri Kamal kepada Qisya, belum sempat dia ingin pergi ke meja mereka itu, Kamal sudah menarik isterinya keluar dari restoran.
"Jom, aku nak pergi cakap dengan perempuan tu tadi, suka hati sesedap rasa je dia cakap kau macam tu", kata Azma apabila sampai ke meja yang diduduki Qisya itu.
Qisya yang terkejut dengan reaksi rakannya itu segera menghalang, "Eh, janganlah Azma, jangan keruhkan lagi keadaan".
"Habis kau nak biarkan je dia hina kau macam tadi tu? Aku tak sanggup Qisya dengar orang hina kau sampai macam tu, kalau betul tak pa, nie langsung tak betul, kau bukan berdua je dengan Kamal tu, aku ada sekali" protes Azma tidak puas hati.
"Bukan biarkan, tapi kau tengok sendiri kan, dia tengah marah, kalau kita cakap apa-apa pun kau ingat dia nak percaya? Nak terima bulat-bulat?" kata Qisya mempertahankan keputusannya sambil tersenyum.
Azma terdiam sejenak, berfikir. 'Benar juga apa yang dikatakan oleh Qisya, kalau aku beritahu pun untung-untung dengan aku pun kena hambur sekali'. "Tu lah kau, pergi toilet lama sangat, entah apa yang dibelek agaknya", gurau Qisya terus ketawa. Azma sangat kagum dengan rakannya itu, baru sebentar tadi dia dimaki, dihina sekarang dia masih lagi boleh ketawa. 'Tabah sungguh hatimu wahai sahabat'.

----------***-----------

Bayangan gadis itu terus terbayang-bayang di minda Reza. Walaupun dimaki dan dihina, gadis itu kelihatan tenang. Ada sesuatu dalam diri gadis itu, ya, aku yakin dia bukan seperti yang diperkatakan.
Seminggu yang lalu semasa sedang makan tengah hari bersama Adha, mereka sempat menyaksikan satu 'drama' di restoran tersebut. Segala butir bicara yang keluar dari 'drama' itu dapat didengari dengan jelas kerana meja mereka tidak jauh dari tempat drama tersebut berlaku.
'Ahhhh... apa kena dengan aku ni? Kenapa wajah dia yang asyik aku bayangkan? Semua tu tak penting Reza, yang penting sekarang kerja kau yang berlambak ni siapa yang nak buat?' bentak Reza dalam hati.
"Hooiiii!!" Reza tersentak, merah padam mukanya apabila disergah begitu. Kelihatan Adha sedang tersengih melihatnya.
"Kau ni orang Islam ke tak? Tahu adab ke tak? Kenapa tak ketuk pintu? Bagilah salam kot ye pun, ni main sergah-sergah je" marah Reza.
"Wo...wo..wo... ni betul ke Reza ni?" kata Adha sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan Reza.
"Sejak bila pula aku pandai ketuk pintu bila masuk bilik kau? Aku dah panggil kau 1000 kali tahu tak? Mesti kau tak tahu sebab kau tak dengar, tu sebab aku sergah biar kau bangun", Adha mempertahankan tindakannya.
'Betul jugak, aku pun tak perasan bilanya yang dia duduk depan meja aku ni. Hai.. penangan gadis berkurung ungu betul lah' bisik hati Reza.
"Hah.. tengok, penatlah aku membebel, kau berangan lagi, siap senyum-senyum lagi, kang aku sergah lagi kau melenting pula" Adha perasan akan perubahan Reza. Sahabatnya tidak pernah begini, selalunya dialah insan yang fokus apabila bekerja. Kalaulah kerja ni orang, kerja ni dah boleh jadi bini dia. Mana-mana pun pergi yang ada dalam otaknya hanyalah kerja, kerja dan kerja.
" Erm.. ada apa Ha?" tanya Reza untuk mengelak daripada terus ditanya oleh Adha.
" Nie, laporan yang kau minta tadi" kata Adha sambil menghulurkan sebuah fail berwarna kuning kepada Reza. Reza menyambut dan terus menelitinya, Adha meminta diri untuk menyambung tugasnya semula. Selepas pintu ditutup, Reza terus mencampakkan fail itu ke atas meja dan fikirannya terus melayang kepada gadis berkurung ungu tersebut.

------****-----

Renungan terus dilemparkan kearah satu sudut. Kelihatan gadis yang memakai baju kurung berwarna oren bersama seorang lagi yang memakai kurung berona hijau. Mata Reza hanya tertumpu pada gadis yang menjadi igauannya sejak 2 bulan yang lepas. Semenjak itu, dia telah menjadi pelanggan tetap di restoran tersebut dengan harapan dia akan berjumpa dengan gadis idamannya itu. “Alhamdulillah, termakbul gak doa aku hari ini” bisik Reza.
‘Hai.. no wonder lah kawan aku nie angau separuh mati, memang cantik gadis tu’ bisik Adha dalam hatinya.
“Ha.. apa lagi Za, nilah peluang kau kalau nak berkenalan dengan dia, kalau tak bila lagi?” ujar Adha menyebabkan Reza tersentak dalam khayalannya.
“Alah.. seganlah aku Ha, takkan tiba-tiba aku nak pergi dekat dia then cakap, cik..cik.. cik siapa nama? Nombor telefon berapa? Saya nak berkenalan boleh?. Gila apa kau?” sangkal Reza.
Adha ketawa terbahak-bahak melihat telatah sahabatnya itu. Beberapa pasang mata melihat mereka termasuk gadis idaman Reza. Tetapi gadis idaman Reza itu hanya memandang dan mengukirkan senyuman. Reza terpana dengan senyuman semanis itu. Kalau kena kencing manis pun takpa asalkan aku boleh tengok senyuman ini hari-hari.
“Woi.. kau ni pada lah Ha nak gelak pun, kan ke semua dah pandang kita, malu lah kat orang” bantah Reza.
“Aku memang saja nak tarik perhatian dia. Tunggu jap dekat sini, aku ada kerja nak buat kejap” kata Adha sambil terus bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah gadis itu.
Setelah beberapa ketika, Reza melihat Adha telah duduk semeja dengan mereka dan berbual-bual sebentar, sesaat kemudian kesemua mata yang berada di meja itu tertumpu pada Reza. Reza menggelabah, serba tak kena tetapi dia tetap mengukirkan senyuman apabila terpandang gadis idamannya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya sedikit.
‘Ha, apalah yang kau buat dekat situ?’ bisik Reza dalam hatinya.
Ok.. my job was done! Now, it’s all up to you how to make it real” kata Adha apabila duduk semula dihadapan Reza sambil menghulurkan sekeping kad nama kepadanya. Reza menyambut dan sesaat kemudian dia merenung muka Adha seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat. Adha kelihatan tersengih yang menampakkan giginya sambil mengangkat-angkat keningnya berkali-kali. Reza ikut tersenyum kemudian. Hatinya girang.

----------****---------

Reza tidak sabar untuk berjumpa dengan pujaan hatinya. Sudah setahun sejak perkenalannya secara rasmi bersama Qisya. Banyak yang dia sudah tahu tentang wanita itu. Dia rasa sangat beruntung dapat berkenalan dengan Qisya. Perkenalan yang pada mulanya atas alasan kerja telah menjadikan mereka semakin rapat. Mulanya agak sukar untuk Reza mendekati wanita itu tetapi dengan semangat dan kesabaran yang tinggi akhirnya Qisya menjadi miliknya.  
“Hai.. ada datinglah tu ye nak cepat-cepat ni? Kalau tak, kau tak ingat dah waktu makan ke, waktu tidur ke”, kata Adha sebaik dia melangkah masuk ke bilik Reza. Reza hanya memandang sahabatnya itu dengan sengihan di bibirnya. Dia sangat bersyukur kerana mempunyai rakan sebaik Adha, kerana Adha lah dia dapat berkenalan rapat dengan Qisya. Teringat peristiwa setahun yang lalu, sewaktu pertama kali dia bersua muka secara dekat dengan Qisya.
“Qis, you got a job. Perkenalkan nie Encik Khairil Reza dari Infiniti Holding, dia nak upah interior designer untuk projek terbaru syarikatnya”, kata Encik Ismail sebaik melangkah masuk ke dalam ke bilik Qisya.
“Encik Reza, ni Qisya interior designer yang paling sesuai untuk mereka konsep yang encik inginkan”, Encik Ismail perkenalkan Qisya kepada Reza pula.
Qisya memandang Reza dengan senyuman dan mengangguk sedikit kepalanya. Sebelum kebiliknya tadi Encik Ismail sudah beritahu kepada Reza bahawa Qisya tidak akan bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram. Dia sangat menjaga batas-batas pergaulannya. Reza merenung wanita idamannya.
“Ok, kalau tiada apa-apa lagi saya minta diri dulu, kamu berdua boleh lah berbincang”, kata Encik Ismail dan melangkah keluar selepas berjabat tangan dengan Reza dan membalas ucapan terima kasih Reza.
“Ok.. should we start Encik Khairil Reza?” Qisya memulakan bicara.
“Ok..ok.. no problem, but just call me Reza, nice to meet you Cik Qisya”, kata Reza
“Qis, just Qis, ok, please have a sit Encik.. er.. Reza”, kata Qisya sedar akan kesilapannya.
“Ok.. encik nak konsep yang bagaimana?”, Qisya memulakan perbincangan dan mereka berbincang tentang projek bersama. Reza mengambil kesempatan untuk merenung dan meneliti wanita idamannya itu. ‘Kau bukan saja cantik luaran tetapi dalaman kau juga lagi cantik’, bisik Reza sambil tersenyum panjang.

----------****------------

Qisya rimas, tidak tenteram dan risau. Dia khuatir dengan pengakuan yang baru didengarnya tadi. ‘Apa yang patut aku buat? Tak boleh macam ni, tak boleh’ bisiknya dalam hati.
“Tolong Qis, saya betul-betul ikhlas, saya dah tak sanggup lagi untuk terus hidup dengan orang lain tapi saya hanya terbayangkan awak saja”, rayu Kamal.
“Bawa mengucap Kamal, jangan macam ni, awak dah ada isteri, nanti kalau dia dengar apa yang awak cakap ni kecil hati dia”, kata Qisya cuba menasihati Kamal.
Dia bingung dengan sikap Kamal yang tiba-tiba mengajaknya untuk keluar makan tengahari bersama. Mulanya dia keberatan kerana takut akan mengundang fitnah tetapi selepas didesak dan dipujuk oleh Kamal, Qisya akur tetapi dengan syarat dia akan membawa Azma bersama.
“Saya sedar dulu saya bodoh sebab tinggalkan awak, saya menyesal Qis, saya menyesal sangat, tolonglah Qis terima saya semula, saya dah tak tahan lagi hidup dengan Ummu, dia tak pernah percayakan saya, hidup saya terkongkong, tertekan. Dia tak sama dengan awak Qis, saya nak awak semula Qis”, rayu Kamal lagi. Dia seperti sudah hilang akal, tidak memperdulikan lagi segala patah kata yang keluar dari mulutnya. Yang dia mahukan sekarang hanya Qisya, ya, dia hanya mahukan Qisya kembali ke pangkuannya. Dia tidak sanggup melihat Qisya bersama lelaki lain. Lelaki yang pernah dia jumpa dulu yang kelihatan sangat mesra bersama Qisya. Qisya hanya milik aku seorang, hanya aku, katanya.
“Astagfirullah al azim, istigfar Kamal, awak tak boleh cakap macam tu. Apa-apa pun Ummu tu masih isteri awak”, balas Qisya.
“Saya boleh ceraikan dia kalau itu yang awak nak, saya sanggup buat apa saja asal awak kembali semula pada saya Qis” kata Kamal bersungguh-sungguh. Matanya besinar-sinar seperti ada harapan untuk dia mendapatkan Qisya semula.
Bulat mata Qisya mendengar pengakuan Kamal itu, “Ya Allah Kamal, kenapa dengan awak ni? Bukan itu maksud saya. Saya takut dengan hukum Allah. Saya takkan runtuhkan masjid yang orang bina. Jangan macam ni Kamal. Saya rasa baik awak balik dulu, tenangkan fikiran awak, buat solat sunat, dekatkan diri dengan Allah. Insya Allah, masa tu nanti awak boleh fikir dengan tenang. Sekarang awak tengah kusut, jangan ambil tindakan masa awak tengah macam ni, nanti awak sendiri yang menyesal. Saya minta diri dulu, Assalamualaikum”, Qisya terus bangkit dari kerusinya, dia menarik tangan Azma yang dari tadi hanya bertindak sebagai pemerhati.
Kamal termangu, dia sangat kecewa dengan keputusan Qisya. Dia telah ditolak mentah-mentah.
‘Walau macammana pun, kau tetap akan jadi milik aku Qis, tetap’, bisiknya dalam hati. Apa yang dirancang hanya Kamal sahaja yang tahu.

-------****-------

Reza tidak senang duduk, sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Fikirannya tidak dapat fokus pada pekerjaannya. Dia rasa marah, geram, tertipu, dikhianati, tak percaya, sayang. Semua perasaan ini bercampur baur. Reza tidak boleh bertahan lagi, terus dia menghayunkan langkah untuk ke bilik Adha. Hanya Adha saja yang dapat membantunya sekarang.
“Masuk”, terdengar suara menyambut dari dalam setelah Reza mengetuk pintu yang tertera nama Mohd Adha.
“Hai, sibuk sangat kr sampai tak sempat nak pandang siapa yang datang?”, ujar Reza sebaik melangkah masuk kebilik Adha. Dia terus duduk di kerusi yang berhadapan dengan Adha.
Adha mengangkat wajah, segera segaris senyuman terbit dari bibirnya apabila terpandang wajah Reza dihadapan mata. Fail-fail yang sedang diteliti tadi ditutup.
“Kenapa dengan muka kau ni? Macam ayam berak kapur je aku tengok, kau ada masalah ke?”, tanya Adha. Tetapi Reza masih membisu. Pandangannya dibuang keluar tingkap Adha yang menampakkan pemandangan bandar raya.
“Kenapa ni Reza? Ceritalah pada aku”, pujuk Adha lagi. Tiada jawapan. Adha buntu. Dilihat sahabat baiknya dari sekolah menengah itu seperti sedang dalam masalah yang besar. Mukanya keruh, tiada senyuman yang biasa terlukis diwajahnya apabila mereka bersama.
“Za, kau kenapa?”, ujar Adha lagi sudah berbaur geram. Reza seperti terbangun dari mimpi yang panjang. Dialih pandangannya ke arah muka rakan baiknya itu. ‘perlu ke aku beritahu pada Adha?’ bisik hati kecilnya.
I’m still waiting. Jangan sampai aku bosan dah lah”, ujar Adha sudah tidak sabar dengan kebisuan sahabatnya itu.
“Qisya Ha, Qisya”, Reza terhenti, seperti ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya untuk terus bersuara. Tiba-tiba dia menjadi sebak.
“Kenapa dengan Qisya?”, tanya Adha tidak sabar.
“Aku tak sangka dia buat aku macam ni, aku betul-betul tak sangka. Patutlah malam tadi aku ajak dia keluar dia tak nak, ada hal katanya, rupanya dia keluar dengan jantan lain. Aku betul-betul tak sangka Ha dia buat aku macam ni, aku rasa betul-betul tertipu. Aku rasa aku bodoh sebab sayang dia separuh mati kau tau?”, luah Reza tanpa selindung. Riak kekecewaan jelas terpancar di wajahnya.
“Jap-jap, aku tak faham. Apa maksud kau ni?” soal Adha, mukanya jelas keliru.
“Dia curang dengan aku Ha, dia ada lelaki lain”, nada suara Reza tersekat-sekat. Dia kecewa benar.
“Op..op.. nanti jap, mana kau dapat cerita ni?”, tanya Adha lagi. Dia sebenarnya tidak percaya yang Qisya jenis wanita yang sebegitu. Sepanjang perkenalannya dengan Qisya walaupun melalui Reza dia dapat lihat bahawa Qisya merupakan wanita soleha. Pandai membawa diri, menjaga batas sebagai seorang muslimah, sopan santun dan berhemah tinggi.
Reza mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dicampaknya sampul surat itu ke atas meja Adha. Hanya isyarat mata yang mengarahkan Adha untuk membukanya. Nak tersembul biji mata Adha apabila melihat gambar-gambar tersebut, ‘Betul ke ni?’ bisik Adha dalam hati.
“Mana kau dapat ni Za? Kau dah tanya Qis dulu?”, soal Adha.
“Kalau tanya kau ingat dia nak mengaku ke? Pagi tadi aku dapat kiriman dari Nani, aku buka tu yang aku nampak, kecewa aku Ha, kecewa”, luah Reza lagi. Dia meraup mukanya beberapa kali. Kusut.
“Kau tak boleh percaya macam tu je Za, kau kena tanya Qis dulu, jangan main tuduh melulu, nanti kau yang susah. Mesti ada penjelasan yang wajar disebalik gambar-gambar ni” nasihat Adha, ditelek sekali lagi gambar-gambar yang masih berada dalam tangannya, kelihatan gambar Qisya bersama seorang lelaki yang kelihatan sangat mesra. Qisya dilihat sedang memaut lengan lelaki tersebut sambil tersenyum gembira. Digambar yang lain kelihatan lelaki tersebut menyuapkan aiskrim kepada Qisya. Mereka kelihatan bahagia. ‘Siapakah lelaki ini?’, bisik Adha.
“Kau nak aku tanya apa lagi? Semua dah jelas, dia main jantan lain belakang aku, aku rasa sampai sini je hubungan aku dengan dia, aku benci dengan perempuan curang! Aku dah serik kena tipu Ha, aku serik!” bentak Reza tiba-tiba.

-------****-----

Sakit, perit, kecewa, semua itu ditanggung oleh Qisya sendiri. ‘Aku percaya, setiap yang Kau berikan pasti ada sebab dan hikmahnya Ya Allah. Mungkin ini adalah balasan kepada dosa-dosa yang pernah aku lakukan tanpa aku sedari. Ampunkan aku Ya Allah’ bisik Qisya. Qisya tidak menyangka, dia akan dikecewakan untuk kali kedua. Insan yang disangka bakal menjadi Imam dalam hidupnya, yang muncul dalam istikharahnya ternyata bukan Reza. Dia redha dengan keputusan yang diterima daripada Reza tadi.
“Hubungan kita sampai sini, saya tak sanggup lagi ditipu dan dibodohkan oleh perempuan yang luaran saja nampak baik, tapi hatinya busuk” ujar Reza.
Qisya masih berteleku di atas tikar sejadahnya. Dari tadi air mata seakan tiada tanda untuk berhenti mengalir, dalam kepasrahan tetap ada kesedihan, dalam keredhaan tetap terselit sedikit kekecewaan. Tapi Qisya yakin dengan mengadu kepada Yang Esa adalah jalan yang terbaik.
Tok..tok..tok..
Kedengaran pintu biliknya diketuk. “Sayang, mari makan. Semua dah tunggu Qis di meja tu” kedengaran suara mama diluar pintu.
“Makan lah dulu ma, Qis tak rasa nak makan lagi, Qis ada kerja sikit nak buat ni” sambut Qisya.
“Tapi papa dah tunggu tu sayang, marilah Qis, kita makan sama-sama ye sayang” pujuk mama lagi.
“Qis belum lapar mama, nanti bila lapar Qis makan ye, mama makanlah dulu, kesian papa tunggu tu” ujar Qisya dari dalam.
Maaf mama, bukan Qis bermaksud untuk biadap, tapi Qis masih belum mampu berhadapan dengan semua.
“Qisya Umairah, buka pintu ni” terdengar suara garau papa disebalik pintu.
Qisya buntu, dia tahu dia tiada pilihan lain selain membuka pintu. Perlahan langkah Qisya ke pintu, daun pintu diselak, terdampar di pandangan wajah papa, mama dan Qairul Umar.
Qisya merenung, memandang muka seorang demi seorang, terasa seperti sesuatu yang menyesakkan nafas, terus didakap papanya dan dihamburkan segala keperitan dan kesedihan di dada bidang itu.
“Maafkan adik papa, adik belum kuat, adik tak kuat. Adik tak boleh tipu perasaan sendiri” esak Qisya di pelukan papanya. Pelukan dirasakan semakin erat, mama mendakap dari sisi yang berlainan.
“No.. anak papa dan mama kuat, adik Qirul Umar ini tabah, mama tahu, adik pasti boleh hadapi semua ini. Qisya Umairah seorang yang tabah, kuat, cekal.. kan?” bisik mama ke telinga Qisya.
“Sayang masih ada papa, masih ada mama, masih ada abang yang sangat-sangat menyayangi adik, Ppa pun yang berlaku kami pasti akan menyokong kamu sayang” bisik papa pula.
Esak Qisya semakin kedengaran, dia terus hanyut dalam pelukan papanya. Qairul Umar yang menjadi pemerhati dari tadi menyimpan sesuatu dalam dirinya. ‘siapa yang berani melukakan hati adik kesayangan aku ni? Aku akan cari kau sampai hujung dunia’ bisiknya dalam hati.

-----*****-----
“Papa kata jangan, janganlah Qairul Umar” ujar papa dalam nada yang tegas. Pandangan tajam anaknya yang tidak berpuas hati dengan keputusannya seperti tidak dihiraukan. Dia tahu anaknya itu marah dengan perkara yang berlaku kepada adiknya. Tapi sikap marah itukan sifat syaitan, mengapa perlu Qairul Umar bersifat demikian?.
“Dah tu, papa nak biarkan je adik macam tu? Abang tak sanggup tengok satu-satunya adik abang kena hina macam tu. Abang tak sanggup papa!!” bentak Qairul.
“Jadi, kalau kamu pergi jumpa dengan Reza, pergi marah dia, hina dia tak ke sama saja sikap kamu dengan dia? Menghina sesama saudara?” papa berkata tenang.
Qirul terdiam, bingung. Lalu dia duduk berhadapan papanya.
“Dah tu, papa nak abang buat apa?” soal Qirul.
“Tak payah buat apa-apa, perkara dah berlaku, bersedia untuk tempuh masa hadapan saja” kata papa sambil menutup buku yang dibaca dari tadi.

------****------

‘Lelaki itukah yang ada dalam gambar? Betulkan lelaki itu?’ soal Adha sendiri. Dia terserempak dengan lelaki itu di Mid Valley tadi, tetapi lelaki itu bersama perempuan lain yang dia yakin perempuan itu bukan Qisya. Dia hanya memandang lelaki itu bersama seorang perempuan yang kelihatan manis dengan ciri muslimah yang tinggi.
‘Siapa sebenarnya lelaki ini?’ bisik Adha lagi.

--------****------

“Ibu tak sangka kamu berkelakuan begini Qis. Kenapa Qis? Kenapa kamu buat ibu macam ni? Kenapa perlu hancur dan musnahkan masa depan orang lain? Kenapa Qis? Ibu sungguh tak sangka”.
Kata-kata ibu terngiang-ngiang di telinga Qisya. Tadi dia mendapat panggilan daripada ibu. Hatinya gembira, rindunya menggebu, tetapi ibu terus berkata begitu. Qisya keliru, tidak mengerti, tetapi dia tidak menjawab walau sepatah. Hanya permohonan maaf yang dia pinta andai benar dia bersalah. Ibu tidak menghiraukannya, ibu terus meletakkan gagang telefon tanpa sempat Qisya mengucapkan salam.
‘Allah, dugaanMu terasa berat untuk dipikul, tetapi aku redha dengan ketentuanMu Ya Allah.

-----****-----

“Awak jangan macam ni Kamal. Walaupun saya sudah tidak bersama Reza, saya tetap tidak boleh terima awak, maafkan saya” ujar Qisya.
Dia terserempak dengan Kamal semasa dia melangkah ke kedai buku itu. Tapi dia dapat rasakan yang pertemuan itu bukan secara kebetulan, dia tahu Kamal mengekorinya selepas dia sudah beberapa kali menolak untuk berjumpa dengan Kamal apabila diajak.
“Kenapa Qis? Apa kurangnya saya? Saya tahu awak masih sayangkan saya, lagipun awak dengan lelaki tu dah takda apa-apa, awak dah bebas sekarang”, kata Kamal separuh merayu.
Qisya rimas dengan situasi itu, dia segera melangkah keluar dari kedai itu tetapi terus diekori oleh Kamal.
“Tolonglah Kamal, tolong jangan ganggu saya lagi, saya tak mungkin akan terima awak semula. Maafkan saya, biarkan saya jalani hidup saya sendiri”. Kata Qisya. Dia terus melangkah laju meninggalkan Kamal. Tapi langkah yang dihayun terhenti separuh jalan apabila dia terpandang Reza dihadapannya. Matanya seakan terpaku, mulutnya terkunci. Hatinya merasakan sesuatu iaitu rindu. Ya, dia amat merindui jejaka yang berada di hadapannya sekarang. Tiba-tiba Kamal muncul entah dari mana, terus dia menyambar tangan Qisya. Qisya terpana sebelum terus menarik tangannya. ‘Nasib baik beralas dengan lengan baju’, bisik Qisya.
“Kenapa awak ni? Lepaskan tangan saya!”, marah Qisya.
“Tolong Qis, jangan buat saya macam ni, saya memang betul-betul sayangkan awak, jangan tinggalkan saya” rayu Kamal. Dia melutut dihadapan Qisya.
Qisya terkejut, buntu. “Apa yang awak buat ni? Bangunlah Kamal, malu orang tengok”
“Saya takkan bangun selagi awak tidak menerima saya?” rayu Kamal lagi tidak berputus asa.
Reza memandang dengan pandangan marah, dia bukan ke sini untuk melihat aksi rayu-merayu. Meluat dia melihat adegan itu.
“Saudara pun dah kena tipu dengan perempuan ni ke? Saya nasihatkan saudara, janganlah merayu dengan perempuan macam ni, luaran saja nampak baik, alim, tapi sebenarnya dia busuk, kotor. Carilah perempuan lain saudara”, kata Reza tiba-tiba.
Qisya terkejut, rasa seperti mahu menangis tapi ditabahkan hatinya.
“Ni lelaki mana pula yang kau nak tinggalkan? Dah dapat jantan lain, yang dulu kau tinggalkan. Ni jantan keberapa pula? Apa jenis perempuan lah kau ni? Terdesak sangat ke dengan lelaki kau ni ha?” peril Reza pula kepada Qisya.
Qisya sudah tidak berdaya, terasa seperti kakinya sudah tidak jejak di atas lantai, Kamal sudah berdiri, ‘umpan aku sudah mengena’ bisik hati kecilnya.
Qisya ingin melangkah, dia sudah tidak sanggup lagi untuk menerima hinaan. Belum sempat langkah kedua diambil, terasa tangannya direntap dan satu tamparan tepat mengenai pipi kanannya.
“Perempuan tak sedar diri, jijik, kotor, peruntuh rumah tangga orang. Apa yang kau buat ni ha? Perempuan tak tahu malu” Serangan tanpa persediaan diterima oleh Qisya. Habis mukanya menjadi sasaran tamparan yang seperti tidak berpenghujung. Ibu hanya menjadi pemerhati.
“Banyak lagi jantan lain kenapa laki aku juga yang kau nak? Kenapa ha perempuan? Dia dah tak ingin dengan kau dulu, sekarang pun dia tetap tak ingin dengan kau, kolot!”, marah Ummu lagi. Dia sudah seperti hilang akal, yang dia tahu dia seperti ingin membunuh saja perempuan yang sudah terduduk di hadapannya itu.
“Ibu tak sangka kamu boleh bertindak begini Qis, ibu betul-betul tak sangka”, esak Ibu pula. Qisya seakan tidak berdaya, dia membiarkan saja dirinya ditampar dan disepak oleh Ummu.
Reza seperti tidak sampai hati melihat adegan itu, memang dia marah dengan Qisya, tapi jauh disudut hatinya, dia masih menyayangi wanita itu.
“Puan, jangan buat begini puan, besabar puan” kata Reza sambil cuba untuk menghalang Ummu dari terus menyerang Qisya.
“Kau jangan masuk campur, ini bukan urusan kau, entah-entah, kau mangsa dia tak? Kau nak ke dengan perempuan yang macam ni? Kotor, entah dah berapa orang jantan yang dia layan. Kau nak ke ambil sisa orang? Buka mata tu sikit, mak bapak dia tak ajar agaknya anaknya sampai jadi mcam ni?” maki Ummu lagi tiada kesudahan.
“Ummu, sudahlah, jangan pukul lagi” kata Ibu pula.
Tiba-tiba Qisya bangun, berdiri tegak merenung ke arah Ummu.
“Assalammualaikum, Ummu, saya boleh terima kalau awak mahu menghina atau memaki saya, silakan. Tapi jangan sekali-kali melibatkan ibu bapa saya, mereka tiada kena mengena dengan hal ini. Maafkan saya kerana kasar berbicara, tapi saya paling pantang kalau ibu bapa saya dilibatkan dalam hal yang mereka tiada urusan. Kalau awak sudah puas, saya minta diri dulu, assalamualaikum”, kata Qisya sambil terus melangkah pergi meninggalkan empat insan yang menyimpan perasaan masing-masing. Marah dan benci, kesian dan sayang, gembira dan berharap.