Pages

Friday, April 19, 2013

kenangan itu.. oh!

assalamualaikum..
entry kali ini lebih kepada luahan rasa, hati dan perasaan aku..
andaian dan fikiran aku..
angan-angan dan harapan aku..
mungkin entry kali ini agak panjang.. 

terfikir sejenak..
andai peristiwa 3 April 1994 itu tidak berlaku..
adakah kehidupan aku sama dengan kehidupan yang aku jalani sekarang?
adakah aku akan berjaya seperti sekarang? (alhamdulillah, walaupun belum menggenggam segulung ijazah)
adakah aku akan berjumpa dengan mereka yang aku jumpa sekarang?
adakah aku seperti aku yang sekarang? (maksud aku fizikal aku yang gemuk nie.. hehe)

berfikir lagi..
mungkin kehidupan sekarang tidak akan sama jika peristiwa itu tidak berlaku..
mungkin aku tidak berjaya seperti sekarang..
mungkin aku tidak akan berjumpa dengan insan2 hebat yang aku jumpa sekarang..
mungkin aku tetap seperti aku yang sekarang.. (terima jerklah.. huhu)

andailah..
ayah tidak pergi pada waktu itu..
aku sekarang akan berada di samping dia..
mungkin detik, ketika dan saat ini aku sedang menonton tv bersama dia..
aku tidak akan berasa cemburu melihat kemesraan mereka yang lain bersama bapa mereka..
aku akan rasa kasih sayang seorang ayah..
aku akan mendengar nasihat, amarah dan kerisauannya andai aku melakukan kesalahan..
ahhh.. jujurnya aku tidak pernah merasai semua itu..

bukan aku hendak menolak takdir..
tidak juga aku menyalahkan keadaan dengan apa yang terjadi..
hanya mainan perasaan yang kadangkala minta untuk dilayan..
hanya igauan indah yang kadangkala minta diberi perhatian..
kadangkala aku terleka untuk melayan dan memberi perhatian..
kerana aku hanya seorang insan biasa..
yang rapuh iman dan lupa pada rukun iman ke-6..
yang selalu ingin membayangkan sesuatu yang membahagiakan.. 
betul x? 

Andailah..
ayah masih ada..
mesti mak tak susah sangat untuk membesarkan anak-anaknya seorang diri..
mesti mak tak letih sangat untuk melayan kerenah 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan..
mesti mak ada tempat untuk bersandar dan bergantung andai ada masalah yang dihadapi..
mesti mak tak menangis sorang2 bila dia terasa sedih dan lelah..
mesti mak ada tempat bergantung bila dia jatuh sakit atau demam..

bukan anak-anak tak boleh diharap..
bukan anak-anak tak boleh disuruh..
tapi keadaan dan situasi tu tak sama..
bukan semua kesedihan boleh dikongsi bersama anak-anak..
mak takkan tunjuk yang dia tak kuat depan anak-anak.. kan?
(oh! air jernih ini menitis sendiri tanpa diundang.. jujur, aku tak kuat bila berbicara tentang mak)

setiap yang berlaku pasti ada hikmah..
ye.. aku percaya itu..
sudah 19 tahun 16 hari ayah meninggalkan kami..
jujur.. aku hanya berusia 5 tahun semasa dia pergi untuk selama-lamanya.
apakah kanak-kanak 5 tahun memahami andai dikata ayahnya sudah tiada?
apakah kanak-kanak 5 tahun mengerti bila dibisikkan ayahnya takkan kembali lagi?
mungkin dia akan faham waktu itu..
tapi esok dia akan bertanya lagi.. mana ayah? kenapa ayah tak balik?
oh! aku tidak sangkup membayangkan perasaan dan keadaan mak waktu itu..

tapi jujur..
mak seorang wanita yang sangat tabah, kuat, cekal dan berdikari..
mungkin kalian juga akan mengatakan perkara yang sama untuk ibu kalian..
silakan.. aku tidak menghalang..
sungguh, bagi aku mak adalah segala-galanya..
dia adalah model dan superhero ku..
bekerja di Kuala Lumpur dan meninggalkan anak-anak di kampung..
bila habis kerja shift malam akan pulang ke kampung untuk menjenguk anak-anak..
aku? tak tahu apa-apa.. hanya menurut.. 
yang aku tahu, aku akan merajuk setiap kali mak ingin pulang semula ke Kuala Lumpur apabila cutinya sudah habis..
cuti 2 hari sahaja.. hari ini balik kampung, lusa sudah pulang semula.. adakah kanak-kanak 5-6 tahun akan berasa puas bermanja dengan ibunya dalam waktu sesingkat itu?

ye.. aku masih ingat..
kadangkala aku menangis semasa ingin melelapkan mata kerana terlalu merindui mak..
(ah!! sekarang aku rasa terlalu rindu)
tapi apa aku boleh buat?
mak akan pesan : takpe, minggu depan mak balik lagi.. jangan nakal-nakal, nanti mak balik, mak bawak mainan.
hati aku akan terpujuk seketika.. lambaian akhir kepada mak sebelum dia pulang ke Kuala Lumpur..
oh! kenangan itu sungguh memilukan..

walaupun semua itu hanya kenangan..
tapi kenangan yang menjadi peneman untuk dijadikan panduan..
aku hanya hidup dengan kenangan bersama ayah..
jujur.. aku tidak ingat saat-saat aku bersama dia..
hanya gambar sebagai ingatan..
terima kasih mak, kerana menyimpan gambar-gambar kenangan itu..
hanya itu yang mampu membuat intan kenal dan ingat kepada ayah..

tabah, cekal, sabar, berdikari menjadi hikmah kepada kami..
mak dapat berbakti kepada ibunya hingga ke akhir hayat.. (alhamdulillah)
mak dapat menjejakkan kaki ke tanah suci bagi mengerjakan haji dan umrah (alhamdulillah)
mak tak pernah memandang lelaki lain untuk bersama ayah nanti (in shaa Allah)
mak dapat membesarkan kami dalam suasana kampung yang damai (alhamdulillah)
mak sudah menjadi nenek kepada 4 orang cucu.. (alhamdulillah)

alhamdulillah..
kami masing-masing sudah berjaya dalam kehidupan..
masing-masing punya tanggungjawab kepada mak merangkap ayah..
kami akan berbakti untukmu selagi hayat dikandung badan..
walaupun bakti kami tidak akan sama nilainya walau secebis pengorbananmu..
pengorbananmu sungguh besar mak..

3 April 2013
genap 19 tahun ayah pergi..
semoga aman dan berada di sisi-Nya ayah..
kami tidak pernah lupa dan leka untuk mengingatimu dalam setiap doa..
semoga kita akan bersatu nanti di syurga-Nya sebagai keluarga yang bahagia..
semoga kita akan bertemu disana ayah..
tunggu intan..
sesungguhnya intan amat merinduimu..
walau tidak lama masa kita bersama, tetapi intan amat menyayangi dan merinduimu..

sudah.. berhentilah menitis air jernih..
mak adalah mak, ayah, sahabat, rakan, teman, musuh, teddy bear, superhero, idola bagi aku..
dia seorang yang sangat hebat..
HEBAT!! 
aku berazam untuk menjadi sepertinya..
seorang yang boleh berdikari dan tabah..
amiinn..  :')

2 comments:

  1. Moga kau tabah..Hampir menitis air mata membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah.. semoga terus tabah dan kuat..
      kamu pun ye.. semoga kita terus kuat untuk melangkah walau tanpa mereka yang tersayang.. :)

      Delete

terima kasih daun keladi..
kalau singgah komen lagi..