Pages

Thursday, January 5, 2012

Cubaan Pertama

"Assalamualaikum"...
Kedengaran suara orang memberi salam di luar rumah. mama terus menjenguk ke luar rumah kerana dia memang menantikan kedatangan tetamunya itu.
"Waalaikumussalam", jawab mama sambil terus mengukir senyuman apabila terpandang raut wajah tetamunya itu.
"Masuk Qis, masuk".. jemput mama sambil menyambut salam yang dihulurkan oleh Qisya.
"Mama sorang jerk ker? yang lain mana?", tanya Qisya sambil melangkah masuk ke dalam rumah teres setingkat itu. bukan dia tidak biasa ke rumah itu, dulu boleh dikatakan setiap minggu dia akan berkunjung ke rumah itu, tetapi sekarang keadaan telah berbeza.
"mana lagi si adik kalau tak ke rumah kawannya, si alang belum balik lagi, ada kelas tambahan katanya. rindunya mama pada kamu Qis. kenapa dah lama tak datang jenguk mama? sampai hati kamu." ujar mama. mama bukan tidak tahu keadaan sekarang yang telah berubah, tetapi hati ibunya masih tidak dapat melupakan gadis yang baik dan tinggi budi bahasanya ini.
"Qis sibuklah mama kebelakangan ini, banyak kerja, kursus lah, maafkan Qis ye mama", jawab Qis tersenyum.
mama memandang Qisya dan tersenyum, 'hai kenapalah Kamal tue buta sangat, budak ni punyalah baik, x faham aku' bisik mama dalam hati.
"Qis tak boleh lama mama, dah janji dengan kawan tadi nak ambil dia lepas nie", sebenarnya dia tidak mahu bertembung dengan Kamal kerana sebentar lagi Kamal pasti akan pulang. Ye, dia tahu akan waktu kerja Kamal.
"mama dah masak bubur pulut hitam tok Qis, Qis kan suka bubur tu kan? so kita makan dulu ye" kata mama seakan memujuk.
"erm.. baiklah mama", Qisya tidak mahu menghampakan perasaan ibu itu.


---------------------****-------------------


"kalau dah macam tu keputusan awak, saya terima. siapalah saya untuk membantah", ujar Qisya dengan tenang walaupun dalam hatinya penuh dengan rasa kecewa dan sedih.
"ok, kalau macam tu esok saya suruh mama dengan ayah datang rumah untuk bincang hal ni", ujar Kamal dan terus berlalu meninggalkan Qisya keseorangan.
tadi Qisya baru berasa sangat bahagia kerana dia akan keluar bersama tunangnya, angannya untuk membeli barangan perkahwinan mereka yang tidak berapa lama lagi akan berlangsung. akan tetapi impian dan senyumannya musnah apabila Kamal membawanya ke taman ini hanya untuk mengatakan bahawa dia ingin memutuskan tali pertunangan mereka dan menyuruh Qisya untuk melupakannya.
Qisya duduk termangu keseorangan di taman itu dan tiba-tiba tersentak apabila mendengar suara Kamal menjerit memanggil namanya.
diseka air mata yang mengalir dan terus melangkah dengan senyuman.


-----------------------*****-------------------


Qisya melangkah dengan penuh yakin dan pasti ke arah rumah itu. walaupun sebelum sampai disana ramai yang menghalang akan kehadiranya ke sana. bahkan mama sendiri menghalang untuk di datang kerumah itu. "ni kad undangan kami, jemput tau datang. kalau datang bawaklah hadiah besa2 sikit", kata ummu sambil memeluk erat lengan Kamal dan menghulurkan kad undangan tersebut kepada Qisya. Qisya menyambutnya dengan senyuman dan berkata "Insya Allah, kalau diberi keizinan saya akan datang, apa2 pun tahniah ye". Qisya membuka sampul kad yang diberikan selepas kedua2nya pulang dengan berhati-hati. hatinya tersentuh apabila terpandang akan warna dan bentuk kad yang berada di dalam tangannya adalah bentuk dan warna yang dia pilih untuk majlis perkahwinannya dengan Kamal dulu.
'Ya Allah, Allahuakbar! kau kuatkanlah hatiku ini' bisik Qisya tanpa disedari ada titis air mata yang jatuh di atas pipinya. Qisya terus mengelap air matanya sebelum terlihat oleh orang lain dan melangkah penuh yakin beserta senyuman yang terlukis di bibirnya.
"assalamulaikum mama, adik!" sapa Qisya selepas terpandang mama dan aini di ambang pintu gerbang perkahwinan.
"wa'alaikum...mussalam", jawab mama, mama terpana apabila terpandang wajah Qisya.
"shhh... mama jangan cakap apa2, Qis datang bukan nak memporak perandakan majlis ni, Qis datang hanya sebagai kawan dan sekadar memenuhi undangan. mama jangan risau ok?" pintas Qisya sebelum sempat mama membuka mulut.
mama terus memeluk Qisya dan menangis dibahu gadis itu, "maafkan mama sayang, mama tak mampu lakukan apa2 untuk kamu, mama pun tak tahu kenapa dan bagaimana dia boleh jadi macam tu, maafkan mama sayang" esak mama di bahu Qisya. dia sudah tidak memperdulikan lagi orang disekeliling dan terus memeluk erat Qisya. dia sebenarnya terperanjat apabila Kamal menyuruhnya dengan ayah untuk pergi kerumah Qisya dan membatalkan pertunangan mereka. puas sudah dia membantah dan bertegang urat dengan Kamal tetapi segala nasihat dan tegurannya tidak diperdulikan. bahkan teguran ayah juga tidak langsung dihiraukan.
"syhhh... mama, malu kat orang lah, apa ni dah pakai baju cantik-cantik, make up tebal2 nangis2 pulak, tak cantiklah mak pengantin macam ni" kata Qisya sambil melepaskan pelukan. dia tidak mahu terus hanyut kerana dia takut benteng kesabaran yang dibina akan runtuh bersama air mata mama.


---------------------*****-----------------------


"kau memang muka tak malu kan pompuan? apa kau tak laku sangat ke sampai laki orang pun kau nak kebas ha?" marah Ummu sambil terus mencampakkan segelas air ke arah Qisya. "awak ni kenapa Ummu? apa masalah awak sebenarnya?" tengking Kamal kepada isterinya itu, terasa kesal dengan perbuatan isterinya yang menuduh tanpa usul periksa. "oh.. abang pun sekarang dah pandai nak tengking2 saya ye? ni mesti pompuan ni lah yang mengahsut ni. eyh pompuan, apa yang kau bagi kat laki aku ha? ko pakai ayat apa ha?" Ummu terus menyerang Qisya, Qisya hampir jatuh terduduk di atas lantai apabila di tolak oleh Ummu dengan kasar. nasib baik dia sempat berpaut pada meja makan. "awak memang dan melampau lah" tengking Kamal sambil mengangkat tangannya untuk menampar Ummu tetapi segera dihalang oleh Qisya. "Kamal... jangan kamal, dia tengah marah, kalau api dilawan dengan api kan jadi makin besar" kata Qisya perlahan. "mari kita duduk dulu dan kita bincang sama2, hal ni tak seperti yang awak bayangkan Ummu", ujar Qisya tenang sambil menarikkan kerusi untuk Ummu.
"ah.. tak kuasa aku nak duduk semeja dengan pompuan jijik macam kau nie, lepas satu jantan, jantan lain pulak kau tuka2, ni laki aku pulak ko nak ngendeng, apa jenis pompuan lah kau ni? puiihh.. jijik aku", maki Ummu kepada Qisya. Qisya terpaku, terpana dan tergamam apabila dikatakan begitu. 'sehina itukah aku? Ya Allah jika benar sehina itu hambaMu ini, aku bermohon Ya Allah Kau ampunkanlah hambamu ini' bisik hati kecil Qisya. "kau memang dah melampau, mari ikut aku Ummu", Kamal sudah tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan situasi itu, dia terus menarik tangan isterinya untuk keluar dari restoran itu.
Qisya hanya mampu memandang kelibat kedua-duanya sehingga hilang dari pandangan. Qisya termangu dan terduduk keseorangan di restoran itu sambil beristigfar.
Azma yang baru keluar dari bilik air kelihatan kaget dengan peristiwa yang berlaku di hadapan matanya. Dia amat terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan isteri Kamal kepada Qisya, belum sempat dia ingin pergi ke meja mereka itu, Kamal sudah menarik isterinya keluar dari restoran.
"Jom, aku nak pergi cakap dengan perempuan tu tadi, suka hati  sesedap rasa je dia cakap kau macam tu", kata Azma apabila sampai ke meja yang diduduki Qisya itu.
Qisya yang terkejut dengan reaksi rakannya itu segera menghalang, "Eyh, jangan lah Azma, jangan keruhkan lagi keadaan".
"abis kau nak biarkan je dia hina kau macam tadi tu? aku tak sanggup Qisya dengar orang hina kau sampai macam tu, kalau betul tak pe, nie langsung tak betul, kau bukan berdua je dengan Kamal tu, aku ada sekali" protes Azma tidak puas hati.
"Bukan biarkan, tapi kau tengok sendiri kan, dia tengah marah, kalau kita cakap apa-apa pun kau ingat dia nak percaya? nak terima bulat-bulat?" kata Qisya mempertahankan keputusannya sambil tersenyum.
Azma terdiam sejenak, berfikir. 'benar juga apa yang dikatakan oleh Qisya, kalau aku bagitahu pun untung-untung dengan aku pun kena hambur sekali'. "tu lahi kau, pergi toilet lama sangat, entah apa yang dibelek agaknya", gurau Qisya terus ketawa. Azma sangat kagum dengan rakannya itu, baru sebentar tadi dia dimaki, dihina sekarang dia masih lagi boleh ketawa. 'tabah sungguh hatimu wahai sahabat'.


-----------------------***---------------------


Bayangan gadis itu terus terbayang-bayang di minda Reza. Walaupun dimaki dan dihina, gadis itu kelihatan tenang. Ada sesuatu dalam diri gadis itu, ya, aku yakin dia bukan seperti yang diperkatakan.
Seminggu yang lalu semasa sedang makan tengah hari bersama Adha, mereka sempat menyaksikan satu 'drama' di restoran tersebut. Segala butir bicara yang keluar dari 'drama' itu dapat didengari dengan jelas keran meja mereka tidak jauh dari tempat drama tersebut berlaku.
'ahhhh... apa kena dengan aku nie? kenapa wajah dia yang asyik aku bayangkan? Semua tu tak penting Reza, yang penting sekarang kerja kau yang berlambak ni siapa yang nak buat?' bentak Reza dalam hati.
"hooiiii!!" Reza tersentak, merah padam mukanya apabila disergah begitu. Kelihatan Adha sedang tersengih melihatnya.
"Kau ni orang Islam ke tak? tahu adab ke tak? kenapa tak ketuk pintu? bagilah salam kot ye pun, ni main sergah-sergah je" marah Reza.
"wo...wo..wo... ni betul ke Reza ni?" kata Adha sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan Reza.
"sejak bila pula aku pandai ketuk pintu bila masuk bilik kau? aku dah panggil kau 1000 kali tahu tak? mesti kau tak tahu sebab kau tak dengar, tu sebab aku sergah biar kau bangun", Adha mempertahankan tindakannya.
'betul jugak, aku pun tak perasan bilanya yang die duduk depan meja aku ni. hai.. penangan gadis berkurung ungu betul lah' bisik hati Reza.
"hah.. tengok, penatlah aku membebel, kau berangan lagi, siap senyum-senyum lagi, kang aku sergah lagi kau melenting pulak" Adha perasan akan perubahan Reza. Sahabatnya tidak pernah begini, selalunya dialah insan yang fokus apabila bekerja. Kalau lah kerja ni orang, kerja ni dah boleh jadi bini dia. Mana-mana pun pergi yang ada dalam otaknya hanyalah kerja, kerja dan kerja.
" erm.. ada apa Ha?" tanya Reza untuk mengelak daripada terus ditanya oleh Adha.
" nie, laporan yang kau minta tadi" kata Adha sambil menghulurkan sebuah fail berwarna kuning kepada Reza. Reza menyambut dan terus menelitinya, Adha meminta diri untuk menyambung tugasannya semula. selepas pintu ditutup, Reza terus mencampakkan fail itu ke atas meja dan fikirannya terus melayang kepada gadis berkurung ungu tersebut.


---------------------****----------------------



Renungan terus dilemparkan kearah satu sudut. Kelihatan gadis yang memakai baju kurung berwarna oren bersama seorang lagi yang memakai kurung berona hijau. Mata Reza hanya tertumpu pada gadis yang menjadi igauannya sejak 2 bulan yang lepas. Semenjak itu, dia telah menjadi pelanggan tetap di restoran tersebut dengan harapan dia akan berjumpa dengan gadis idamannya itu. “Alhamdulillah, termakbul gak doa aku hari ini” bisik Reza.
‘hai.. no wonder lah kawan aku nie angau separuh mati, memang cantik gadis tue’ bisik Adha dalam hatinya.
“ha.. apa lagi Za, nielah peluang kau kalau nak berkenalan dengan dia, kalau tak bila lagi?” ujaran Adha menyebabkan Reza tersentak dalam khayalannya.
“alah.. seganlah aku Ha, takkan tiba-tiba aku nak pergi dekat dia then cakap, cik..cik.. cik sapa nama? Nombor telefon berapa? Saya nak berkenalan boleh?. Gila apa kau?” sangkal Reza.
Adha ketawa terbahak-bahak melihat telatah sahabatnya itu. Beberapa pasang mata melihat mereka termasuk gadis idaman Reza. Mereka memandang dengan pelik, mungkin terfikir dalam hati ‘dia seorang jer kot yang boleh gelak’. Tetapi gadis idaman Reza itu hanya memandang dan mengukirkan senyuman. Reza terpana dengan senyuman semanis itu. Kalau kena kencing manis pun takpe asalkan aku boleh tengok senyuman ini hari-hari.
“woi.. kau nie pada lah Ha nak gelak pun, kan ker sume dah pandang kita, malu lah kat orang” bantah Reza.
“aku memang saja nak tarik perhatian dia. Tunggu jap dekat sini, aku ada kerja nak buat kejap” kata Adha sambil terus bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah gadis itu.
Setelah beberapa ketika, Reza melihat Adha telah duduk semeja dengan mereka dan berbual-bual sebentar, sesaat kemudian kesemua mata yang berada di meja itu tertumpu pada Reza. Reza menggelabah, serba tak kena tetapi dia tetap mengukirkan senyuman apabila terpandang gadis idamannya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya sedikit.
‘Ha, pelah yang kau buat dekat situ?’ bisik Reza dalam hatinya.
ok.. my job was done! Now, it’s all up to you how to make it real” kata Adha apabila duduk semula dihadapan Reza sambil menghulurkan sekeping kad nama kepadanya. Reza menyambut dan sesaat kemudian dia merenung muka Adha seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat. Adha kelihatan tersengih yang menampakkan giginya sambil mengangkat-angkat keningnya berkali-kali. Reza ikut tersenyum kemudian. Hatinya girang.

-------------------------****------------------------

“Mama tak sangka kamu jadi macam nie Qis.. mama betul-betul tak sangka”, masih terngiang-ngiang lagi kata-kata itu ditelinga Qisya. Dia masih tak faham akan maksud kata-kata orang tua itu. Kerana desakan rasa rindu pada mama telah menyebabkan dia menghubungi wanita itu petang tadi. Tetapi mama tidak semesra dulu lagi , mama seperti dingin untuk melayannya berbicara. Sepatah ditanya tidak sampai separuh patah yang dijawab. Mama seakan tidak berminat lagi untuk mengetahui tentang dirinya. Dan tanpa disangka kata-kata itu yang mama katakana padanya. Qisya tergamam, tidak mengerti. ‘apa salah saya mama? Apa yang saya dah buat?’ bisik Qisya dalam hatinya.

------------------------****-------------------------

Reza tidak sabar untuk berjumpa dengan pujaan hatinya. Sudah setahun sejak perkenalannya secara rasmi bersama Qisya. Banyak yang dia sudah tahu tentang wanita itu. Dia rasa sangat beruntung dapat berkenalan dengan Qisya. Perkenalan yang pada mulanya atas alasan kerja telah menjadikan mereka semakin rapat. Mulanya agak sukar untuk Reza mendekati wanita itu tetapi dengan semangat dan kesabaran yang tinggi akhirnya Qisya menjadi miliknya.  
“hai.. ada datinglah tue ye nak cepat-cepat nie? Kalau tak kau tak ingat dah waktu makan ker, waktu tidur ker”, kata Adha sebaik dia melangkah masuk ke bilik Reza. Reza hanya memandang sahabatnya itu dengan sengihan di bibirnya. Dia sangat bersyukur kerana mempunyai rakan sebaik Adha, kerana Adha lah dia dapat berkenalan rapat dengan Qisya. Teringat peristiwa setahun yang lalu, sewaktu pertama kali dia bersua muka dengan Qisya.
“Qis, you got a job. Perkenalkan nie Encik Khairil Reza dari Infiniti Holding, dia nak upah interior designer tok projek terbaru syarikat beliau”, kata Encik Ismail sebaik melangkah masuk ke dalam ke bilik Qisya.
“Encik Reza, nie Qisya interior designer yang paling sesuai tok mereka konsep yang encik inginkan”, Encik Ismail perkenalkan Qisya kepada Reza pula.
Qisya memandang Reza dengan senyuman dan mengangguk sedikit kepalanya. Sebelum kebiliknya tadi Encik Ismail sudah beritahu kepada Reza bahawa Qisya tidak akan bersalaman dengan lelaki yang bukan mahram. Dia sangat menjaga batsa-batas pergaulannya. Reza merenung wanita idamannya.
“ok, kalau tak de apa-apa lagi saya minta diri dulu, kamu berdua boleh lah berbincang”, kata Encik Ismail dan melangkah keluar selepas berjabat tangan dengan Reza dan membalas ucapan terima kasih Reza.
“ok.. should we start Encik Khairil Reza?” Qisya memulakan bicara.
“ok..ok.. no problem, but just call me Reza, nice to meet you Cik Qisya”, kata Reza
“Qis, just Qis, ok, please have a sit Encik.. er.. Reza”, kata Qisya sedar akan kesilapannya.
“ok.. encik nak konsep yang bagaimana?”, Qisya memulakan perbincangan dan mereka berbincang tentang projek bersama. Reza mengambil kesempatan untuk merenung dan meneliti wanita idamannya itu. ‘kau bukan saja cantik luaran tetapi dalaman kau juga lagi cantik’, bisik Reza sambil tersenyum panjang.

----------------------****-----------------------

Qisya rimas, tidak tenteram dan risau. Dia khuatir dengan pengakuan yang baru didengarnya tadi. ‘apa yang patut aku buat? Tak boleh macam nie, tak boleh’ bisiknya dalam hati.
“tolong Qis, saya betul-betul ikhlas, saya dah tak sanggup lagi untuk terus hidup dengan orang lain tapi saya hanya terbayangkan awak saja”, rayu Kamal.
“bawa mengucap Kamal, jangan macam nie, awak dah ada isteri, nanti kalau dia dengar apa yang awak cakap nie kecik hati dia”, kata Qisya cuba menasihati Kamal.
Dia bengung dengan sikap Kamal yang tiba-tiba mengajaknya untuk keluar makan tengahari bersama. Mulanya dia keberatan kerana takut akan mengundang fitnah tetapi selepas didesak dan dipujuk oleh Kamal, Qisya akur tetapi dengan syarat dia akan membawa Azma bersama.
“saya sedar dulu saya bodoh sebab tinggalkan awak, saya menyesal Qis, saya menyesal sangat, tolonglah Qis terima saya semula, saya dah tak tahan lagi hidup dengan Ummu, dia tak pernah percayakan saya, hidup saya terkongkong, tertekan. Dia tak sama dengan awak Qis, saya nak awak semula Qis”, rayu Kamal lagi. Dia seperti sudah hilang akal, tidak memperdulikan lagi segala patah kata yang keluar dari mulutnya. Yang dia mahukan sekarang hanya Qisya, ye, dia hanya mahukan Qisya kembali ke pangkuannya. Dia tidak sanggup melihat Qisya bersama lelaki lain. Lelaki yang pernah dia jumpa dulu yang kelihatan sangat mesra bersama Qisya. Qisya hanya milik aku seorang, hanya aku, katanya.
“astagfirullah al azim, istigfar Kamal, awak tak boleh cakap macam tue. Apa-apa pun Ummu tu masih isteri awak”, balas Qisya.
“saya boleh ceraikan dia kalau itu yang awak nak, saya sanggup buat apa saja asal awak kembali semula pada saya Qis” kata Kamal bersungguh-sungguh. Matanya besinar-sinar seperti ada harapan untuk dia mendapatkan Qisya semula.
Bulat mata Qisya mendengar pengakuan Kamal itu, “Ya Allah Kamal, kenapa dengan awak ni? Bukan itu maksud saya. Saya takut dengan hukum Allah. Saya takkan runtuhkan masjid yang orang bina. Jangan macam nie Kamal. Saya rasa baik awak balik dulu, tenangkan fikiran awak, buat solat sunat, dekatkan diri dengan Allah. Insya Allah, masa tue nanti awak boleh fikir dengan tenang. Sekarang awak tengah kusut, jangan ambil tindakan masa awak tengah macam nie, nanti awak sendiri yang menyesal. Saya minta diri dulu, assalamualaikum”, Qisya terus bangkit dari kerusinya, dia menarik tangan Azma yang dari tadi hanya bertindak sebagai pemerhati.
Kamal termangu, dia sangat kecewa dengan keputusan Qisya. Dia telah ditolak mentah-mentah.
‘walau macammana pun, kau tetap akan jadi milik aku Qis, tetap’, bisiknya dalam hati. Apa yang dirancang hanya Kamal sahaja yang tahu.

--------------------------****----------------------

Reza tidak senang duduk, sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Fikirannya tidak dapat fokus pada pekerjaannya. Dia rasa marah, geram, tertipu, dikhianati, tak percaya, sayang. Semua perasaan ini bercampur baur. Reza tidak boleh bertahan lagi, terus dia menghayunkan langkah untuk ke bilik Adha. Hanya Adha saja yang dapat membantunya sekarang.
“masuk”, terdengar suara menyambut dari dalam setelah Reza mengetuk pintu yang tertera nama Mohd Adha.
“hai, sibuk sangat ker sampai tak sempat nak pandang sapa yang datang?”, ujar Reza sebaik melangkah masuk kebilik Adha. Dia terus duduk di kerusi yang berhadapan dengan Adha.
Adha mengangkat wajah, segera segaris senyuman terbit dari bibirnya apabila terpandang wajah Reza dihadapan mata. Fail-fail yang sedang diteliti tadi ditutup.
“kenapa dengan muka kau nie? Macam ayam berak kapur jerk aku tengok, kau ada masalah ker?”, tanya Adha. Tetapi Reza masih membisu. Pandangannya dibuang keluar tingkap Adha yang menampakkan pemandangan bandar raya.
“kenapa nie Reza? Ceritalah pada aku”, pujuk Reza lagi. Tiada jawapan. Adha buntu. Dilihat sahabat baiknya dari sekolah menengah itu seperti sedang dalam masalah yang besar. Mukanya keruh, tiada senyuman yang biasa terlukis diwajahnya apabila mereka bersama.
“Za, kau kenapa?”, ujar Adha lagi sudah berbaur geram. Reza seperti terbangun dari mimpi yang panjang. Dialih pandangannya kearah muka rakan baiknya itu. ‘perlu ker aku beritahu pada Adha?’ bisik hati kecilnya.
i’m still waiting. Jangan sampai aku bosan dah lah”, ujar Adha sudah tidak sabar dengan kebisuan sahabatnya itu.
“Qisya Ha, Qisya”, Reza terhenti, seperti ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya untuk terus bersuara. Tiba-tiba dia menjadi sebak.
“kenapa dengan Qisya?”, tanya Adha tidak sabar.
“aku tak sangka dia buat aku macam ni, aku betul-betul tak sangka. Patutlah malam tadi aku ajak dia keluar dia tak  nak, ada hal katanya, rupanya dia keluar dengan jantan lain. Aku betul-betul tak sangka Ha dia buat aku macam nie, aku rasa betul-betul tertipu. Aku rasa aku bodoh sebab sayang dia separuh mati kau tau?”, luah Reza tanpa selindung. Riak kekecewaan jelas terpancar di wajahnya.
“jap-jap, aku tak faham. Apa maksud kau nie?” soal Adha, mukanya jelas keliru.
“dia curang dengan aku Ha, dia ada lelaki lain”, nada suara Reza tersekat-sekat. Dia kecewa benar.
“op..op.. nanti jap, mana kau dapat cerita nie?”, tanya Adha lagi. Dia sebenarnya tidak percaya yang Qisya jenis wanita yang sebegitu. Sepanjang perkenalannya dengan Qisya walaupun melalui Reza dia dapat lihat bahawa Qisya merupakan wanita soleha. Pandai membawa diri, menjaga batas sebagai seorang muslimah, sopan santun dan berhemah tinggi.
Reza mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Dicampaknya sampul surat itu ke atas meja Adha. Hanya isyarat mata yang mengarahkan Adha untuk membukanya. Nak tersembul biji mata Adha apabila melihat gambar-gambar tersebut, ‘betul ke nie?’ bisik Adha dalam hati.
“mana kau dapat ni Za? Kau dah tanya Qis dulu?”, soal Adha.
“kalau tanya kau ingat dia nak mengaku ker? Pagi tadi aku dapat kiriman dari Nani, aku buka tue yang aku nampak, kecewa aku Ha, kecewa”, luah Reza lagi. Dia meraup mukanya beberapa kali. Kusut.
“kau tak boleh percaya macam tu jerk Za, kau kena tanya Qis dulu, jangan main tuduh melulu, nanti kau yang susah” nasihat Adha, ditelek sekali lagi gambar-gambar yang masih berada dalam tangannya, kelihatan gambar Qisya bersama seorang lelaki yang kelihatan sangat mesra. Qisya dilihat sedang memaut lengan lelaki tersebut sambil tersenyum gembira. Digambar yang lain kelihatan lelaki tersebut menyuapkan aiskrim kepada Qisya. Mereka kelihatan bahagia. ‘siapakah lelaki ini?’, bisik Adha.
“kau nak aku tanya apa lagi? Semua dah jelas, dia main jantan lain belakang aku, aku rasa sampai sini jerk hubungan aku dengan dia, aku benci dengan perempuan curang! Aku dah serik kena tipu Ha, aku serik!” bentak Reza tiba-tiba.

No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi..
kalau singgah komen lagi..